Monday, April 4, 2011

Merebut Kebahagiaan Dunia

Mereka yang paling kuat bekerja ialah golongan miskin. Diikuti dengan golongan pertengahan dan seterusnya golongan kaya. Namun umum maklum golongan manakah yang memiliki dan menguasai harta yang bukan sedikit. Golongan pertengahan kekal dengan status pertengahannya dalam semua segi termasuk dalam hal kekayaan. Mereka tidak begitu kaya dan tidak juga miskin. Ekonomi sesebuah negara bergantung kepada golongan ini yang merupakan pengguna yang taat dan setia. Mereka mempunyai kuasa membeli dan selera berbelanja yang besar - syarat penting untuk pertumbuhan ekonomi yang sihat bagi sesebuah negara.

Artikel kali ini mengungkap senario manusia dalam mencari dan menikmati kebahagiaan di dunia yang fana ini. Untuk tujuan ini manusia dibahagikan kepada tiga golongan:

Saturday, February 19, 2011

Paras Merbahaya

Baru-baru ini Bank Dunia mengeluarkan kenyataan, “Global food prices have hit dangerous levels that could contribute to political instability, push millions of people into poverty and raise the cost of groceries”.

Fenomena kenaikan harga barangan pengguna seperti yang di nyatakan di atas tidak terhad di Malaysia sahaja -- seluruh dunia mengalaminya.

Persolannya kenapa ini boleh berlaku? Apakah tindakan yang seharusnya dilakukan bagi menangani krisis kenaikan harga ini?

Monday, December 13, 2010

Jaminan Kejayaan

"Kamu belajarlah tinggi-tinggi, sampai dapat ijazah. Nanti senang dapat kerja yang bergaji besar. Masa depan pasti terjamin."

Kata-kata berupa nasihat guru kepada murid-muridnya. Saranan ini sering kedengaran bukan sahaja di sekolah tetapi juga di mana-mana sahaja. Juga oleh ibu bapa, pemimpin masyarakat, orang lama, pendidik, dll. Anak tangga kejayaan telah direkabentuk sedemikian rupa tanpa perlu dipersoal lagi -- tak perlu perah fikiran -- ikut sahaja.

Hakikatnya selepas lebih 50 tahun merdeka, ramai anak melayu masih terpinggir daripada arus pembangunan negara. Sebahagian besar masih tidak dapat menikmati kekayaan dan kemakmuran sepertimana 'orang lain'. Kehidupan mereka masih dibayangi kekecewaan dan penyesalan. Janji-janji dan jaminan di atas hanya berlaku dan sah untuk segelintir sahaja. Bagaimana dengan nasib yang lain? Apa jaminan untuk mereka?

Thursday, November 25, 2010

Subjek Keramat

Hidup memerlukan wang. Tanpa wang banyak impian hidup yang tidak dapat dibiayai. Tidak dapat dipenuhi. Atau tergendala separuh jalan. Dan sebagainya. Wang yang ada pula perlu diurus oleh pemiliknya. Wang tiada kuasa tertentu seperti kepercayaan sesetengah manusia. Itu kepercayaan karut. Wang hanya benda mati. Jasad tanpa roh.

Wang boleh jadikan seseorang itu bahagia, apabila diurus dengan baik, bukan kerana wang punya kuasa sendiri untuk membahagiakan seseorang. Wang juga boleh jatuhkan pemiliknya ke dalam lautan musibah dan kecelakaan, apabila diguna tanpa kawalan, bukan kerana wang punya kuasa sendiri untuk mencelakakan seseorang. Justeru, mengapakah dua perkara ekstrem sebegini boleh terjadi. Satu pihak bahagia sementara satu pihak lagi sengsara, kedua-duanya kerana wang.